Tuesday, October 13, 2009

Bertemu Idola

Alhamdulillah Jumaat lepas sempat bertemu idola di kampung i. Last jumpa rasanya tahun 2000 dulu, itupun jauh. Kali ni dapat jumpa dekat. Tak tahu nak kata. Cuma kalau sesiapa lom kenal beliau memang akan kata beliau macam-macam. Akan tetapi kalau sesiapa biasa ikut kuliah dan ceramah beliau sama ada direct ataupun melalui cd-cd dan kitab tulisan beliau, InsyaAllah akan faham bahawa beliau memang ulamak yang tinggi tarafnya.

Layan ni pulak KAGUM

Saturday, September 19, 2009

Wakullu Amin Wa Antum Bi Khairin

Jangan terperanjat, gambar ini bukanlah gambar kontroversi seperti di Shah Alam beberapa minggu lepas. Akan tetapi gambar ini memang di tangkap secara live oleh i sendiri pagi tadi semasa membeli daging untuk dimasak menjadi rendang yang sedap dan tentunya hasil air tangan mak mertua i.

Jadi dikesempatan ini, i mengucapkan Wakullu Amin Wa Antum Bi Khairin pada semua sahabat-sahabat yang membaca tulisan ini. i dan keluarga memohon maaf sekiranya ada kesalahan yang dilakukan sama ada secara zahir ataupun batin. Ingatan rakan-rakan sekelian menerusi pesanan sms amat i hargai. Kalau ada kelapangan kita sama-sama akan berjumpa dalam meraikan Aidil Fitri nanti.Insya Allah.

Wassalam.

Tuesday, September 1, 2009

Majlis Berbuka Puasa n9futbol.com


Salam, semalam 31 Ogos 2009, i sempat berbuka puasa bersama rakan-rakan n9futbol.com di sebuah restoran di Jalan Pantai Seremban. Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu jurulatih pasukan bolasepak Negeri Sembilan, Encik Wan Jamak Wan Hassan bersama-sama dengan pemain muda Aliff Samsudin. Untuk melihat foto-foto pada majlis itu sila klik disini. (kredit kepada pemilik blog snomed3)

Saturday, August 22, 2009

Selamat Datang Ramadan


Alhamdulillah, Ramadan selamat tiba pada tahun ni. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, kerana memberi peluang kepada kita semua sekali lagi untuk menempuh bulan yang penuh kerahmatan ini. Inilah peluang untuk kita memperbaiki segala amalan kita yang mana, pada bulan-bulan biasa kita mungkin mengambil ringan dan alpa dengan perintah tuhan. Masha Allah.

i amat bersyukur kerana pada malam tadi, i sempat menunaikan sembahyang sunat terawih pertama kali di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju Kuala Lumpur. Masjid ini menempuh Ramadan yang pertamanya setelah dibuka pada Aidil Adha tahun lepas. Alhamdulillah, syabas dan tahniah kepada pihak JAWI, kerana menempatkan pegawai-pegawai masjid yang muda dan difahamkan mereka ini dari golongan profesional yang hafal Al-Quran dan terdiri daripada anak-anak Wangsa Maju sendiri. Sejuk hati mendengar bacaan daripada Hafiz-hafiz muda ini. Bacaan nya bagus laju dan lancar. Tak terasa sangat 20 rakaat terawih campur dengan 3 witir. Difahamkan mereka membaca setengah juzuk satu hari dan InsyaAllah akan dapat 15 juzuk sehingga malam akhir Ramadan nanti.Program-program yang diatur juga banyak dan i rasa memang dapat mengimarahkan Ramadan ni sama juga seperti masjid-masjid lain di Malaysia ini. Antaranya pengagihan bubur lambuk pada waktu petang, majlis berbuka setiap hari, tadarus selepas terawih dan juga pada malam-malam akhir Ramadan nanti akan diadakan Qiamulail. Alhamdulillah. Semoga makmur kawasan Wangsa Maju ni.

Kehadiran masyarakat setempat amat membanggakan. Dewan sebelah dalam masjid penuh. Kehadiran muslimat pun amat membanggakan. Cuma apa yang menimbulkan tanda tanya kepada i ialah selepas 8 rakaat, tinggal 4 baris sahaja muslimin di dalam ruang utama masjid. Agaknya masing-masing sambung beribadah kat rumah tu.

InsyaAllah i akan cuba datang berterawih di masjid ini sekiranya i ada di Wangsa Maju. Maklumlah bulan Ramadan ni banyak undangan berbuka (macam artis da). Semoga kita semua dapat memanafaatkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Hmmm lagi satu tadi i baru balik dari pasar tani, i rasa menu berbuka pada hari ni adalah rojak pecal. Menu kegemaran i semasa berbuka. Tak sabar nak tunggu 7.24 malam ni hehehhe jangan marah aaaa